Friday, February 04, 2005

Pindahla..

Aljoofre Meredah Usia telah berpindah ke http://aljoofre.blogdrive.com/ Silalah berkunjung ya.. Blog ini hanya cubaan dan membezakan antara kedua-dua blog yang ada..

Monday, January 31, 2005

Catitan Pertama

Bismillah Walhamdulillah Wassolatu Wassalamu 'Ala Rasulillah Wa'Ala Alihi Wasohbihi Waman Walah, Waba'd..

Awal bicara, segala puji hanya bagi Allah yang menentukan segala perkara, yang memulakan dan mengakhirkan setiap sesuatu sedang Dialah Yang Awal dan Akhir..

Apa tujuannya menulis di blog ini ya? Ana bukanlah seorang penulis karya sastera yang aktif. Bukan jua seorang yang inginkan populariti. Juga seorang yang suka berahsia. Rasa sifat2 ini menjadikan ana kurang sesuai menulis sebuah blog peribadi. Namun sejak balik bercuti baru2 ini, terasa penuh dan sesak di dada ingin melahirkan pelbagai pendapat dan perasaan jua pengalaman yang ditempuh. Teringat pula adat para ulamak terdahulu yang sering kali menulis tentang diri sendiri dan perjalanan hidup yang ditempuh bagi memberi pengajaran buat generasi seterusnya. Maka bermulalah blog Aljoofre Meredah Usia ini.. Salam Ukhuwwah. Barakallahu Fikum..